Gymnast Jerman Bersut Penuh?

Tahukah anda, kenapa ahli Gimnastik Jerman mengenakan sut penuh menutup seluruh badan semasa sukan Olimpik Tokyo? Mari kita lihat sebabnya.

 

Assalamualaikum.

 

Pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, berlangsungnya sukan Olimpik di Tokyo, Jepun. Antara acara yang menjadi perbualan hangat ialah apabila pasukan gimnastik dari Jerman telah memecah tradisi Olimpik dengan memakai sut penuh atau disebut juga sebagai unitard. Selama ini, pakaian yang dipakai ahli gimnastik hanyalah sekadar menutup bahagian kelangkang hingga ke bahu, pakaian ini dikenali sebagai leotard. Pakaian leotard ini telah diperkenalkan oleh Jules Leotard iaitu seorang ahli akrobatik lelaki dari Perancis sekitar tahun 1859, Jules Leotard memakainya ketika melakukan persembahan akrobatik.

 

Sejak dari itu, leotard mula dipakai oleh ahli sukan, sama ada penari ballet, berbasikal, berlari, gusti dan sebagainya. Pada awalnya, pasukan gimnastik wanita Jerman memperkenalkan pakaian unitard tersebut di Kejohanan Gimnastik Eropah pada 21 April 2021 sebelum Olimpik. Walaupun pasukan wanitanya tidak memenangi sebarang pingat tetapi rata-rata memuji pakaian yang digunakan oleh pasukan Jerman.

Salah seorang ahli gimnastik Jerman bernama Sarah Voss dikatakan orang yang memulakan pakaian tersebut di Jerman, ekoran dari International Gymnastic Federation (FIG) telah mengizinkan seluar panjang untuk gimnast wanita sejak tahun 2012 lagi. Sarah Voss apabila ditanya tentang pakaian tersebut mengatakan, bahawa beliau sendiri memilih untuk berpakaian sebegitu kerana ianya dapat terhindar dari terselak ketika latihan atau pertandingan. Lebih malang lagi jika jurukamera sempat merakam momen yang memalukan itu.

 

Tindakan Sarah di kejohanan Eropah diikuti oleh dua orang lagi kawan gimnastnya iaitu Elisabeth Seith (Saeth) dan Kim Bui. Kemudian diikuti pula oleh Pauline Schaefer-Betz di Olimpik Tokyo. Elisabeth Seith berkata ramai yang ingin mengikut jejak mereka tetapi, mungkin kerana tempoh yang singkat untuk menghasilkan seragam di temasya Olimpik menyebabkan hanya mereka yang berpakaian begitu.

 

Lebih menarik lagi apabila German Gymnastic Federation juga bersetuju dan menyokong tindakan atlit-atlit gimnastik mereka berpakaian unitard dan menegaskan bahawa pakaian sebegitu adalah sebagai suatu bentuk bantahan kepada sexualization. Ramai yang memberi sokongan dan pujian kepada kempen tersebut termasuk dari Amerika. Ini kerana sejak akhir tahun 1990an, lebih dari 300 orang atlit gimnast Amerika pernah mengalami gangguan seksual oleh jurulatih, staff dan doktor mereka.

 

Kes Dr Larry Nassar sebagai Doktor kepada pasukan gymnast Amerika yang telah didapati bersalah melakukan gangguan seksual kepada para atlit jagaannya sehingga dia dipenjara selama 176 tahun menguatkan lagi sentimen kempen tersebut. Mungkin berpakaian menutup penuh tidak dapat menyelesaikan masalah gangguan seksual tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkannya. Pada kejohanan Baku World Cup 2019, seorang gimnast dari Azerbaijan bernama Marina Nekrasova terlebih dahulu mengenakan unitard berbanding dengan team gimnast dari Jerman tetapi dia tidak memakainya lagi selepas itu.

 

Walau apa pun sebab yang dilakukan oleh atlit gimnastik dari Jerman wajar diambil kesempatan oleh kita umat Islam dalam memperelokkan pakaian para atlit kepada yang lebih sopan. Ambillah peluang sebegini untuk mengenengahkan pakaian menutup aurat bagi para atlit muslim terutamanya wanita. Ini semua adalah amal soleh yang tidak disia-siakan oleh Allah:

 

أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ
أُنثَى

 

Aku tidak akan menyiakan amalan kamu sama ada lelaki ataupun perempuan.

(Ali Imran:195)

 

Ayuh terus kuat untuk bersamasama melakukan transformasi yang baik dalam apa jua bidang termasuk sukan.

 

Assalamualaikum

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now