HUKUM GANTI PUASA ORANG MENINGGAL
Hukum ganti puasa bagi orang uzur yang telah meninggal?
Mazhab Syafi’e ada dua pendapat dalam masalah ini.
Pertama: Bayar fidyah, inilah yang masyhur. Iaitu bagi 1 hari dengan secupak makanan asasi seperti beras.
Kedua: Disunatkan bagi warisnya berpuasa sebagai ganti. Pendapat ini dipilih oleh Imam al-Nawawi dan ulama’ muta’akkhirin serta ulama’ hadith, bagi setiap hari yang ditinggalkan. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 8/25)
Hujahnya, berdasarkan hadith ‘Aisyah. Rasulullah bersabda:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
Sesiapa yang meninggal dan memiliki tanggungan puasa, maka walinya yakni pengurus urusannya boleh menggantikan puasanya
al-Bukhari (1952) dan Muslim (1147)
Namun menurut Al-Hafiz Ibn Hajar perintah (ini) tidak bermakna wajib (untuk menggantikan puasa itu) menurut majoriti ulama’. (Lihat Fath al-Bari, 11/291)
Rujuk al-Inarah #4117: Qadha’ Puasa Bagi Yang Tidak Tahu Berapa Bilangan
Kesimpulannya
Boleh memilih salah satu pendapat di atas sama ada membayar fidyah sahaja atau gantikan puasa untuk waris yang meninggal.
Konklusi
Hukum ganti puasa si mati
Pertama
Cukup bayar fidyah
Pendapat Masyhur dalam Mazhab Syafi’i
Kedua
Waris boleh ganti puasa si mati
Pendapat Imam Nawawi dan Ulama Hadith.
Solusi
Pihak waris pilih mana pendapat yang mampu ditunaikan.