Adakah mengorek telinga membatalkan puasa?

HUKUM KOREK TELINGA DI BULAN PUASA.

Apakah hukum mengorek telinga menggunakan cotton bath secara mendalam pada rongga telinga semasa berpuasa?

Sebahagian ulama syafie menyatakan jika memasukkan sesuatu ke dalam telinga tetapi tidak sampai ke gegendang telinga masih tidak batal puasa. Jika melepasi gegendang barulah batal puasa.

Ini seperti yang disebut Imam al-Ramli di dalam Nihayah al-Muhtaj:

وَإِنْ أَدْخَلَ شَيْئًا فِي أُذُنِهِ فَلَمْ يَتَجَاوَزِ الصِّمَاخَ فَلَا يُفْطِرُ وَإِنْ تَجَاوَزَهُ أَفْطَرَ
“Jika seseorang memasukkan sesuatu ke dalam telinganya dan ia tidak melepasi gegendang telinga, maka tidak batal puasanya. Tetapi jika ia melepasi gegendang telinga, maka puasanya batal.”

Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj 3/210.


Begitu juga berkata Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj:

الدَّاخِلُ إِلَى مَا وَرَاءَ الصِّمَاخِ مِنَ الْأُذُنِ يُفْطِرُ لِأَنَّهُ وَاصِلٌ إِلَى الْجَوْفِ
Apa-apa yang masuk ke bahagian belakang gegendang telinga akan membatalkan puasa kerana ia telah sampai ke rongga dalaman.

Tuhfah al-Muhtaj 3/402

Oleh itu korek telinga menggunakan cotton bath atau yang seumpamanya yang tidak melepasi gegendang (الصِّمَاخُ) tidak membatalkan puasa menurut sebahagian ulama syafie.

Kesimpulannya

Seperti yang disebut oleh laman
الإِسْلَامُ سُؤَالٌ وَجَوَابٌ

تَنْظِيْفُ الأُذُنِ عَنْ طَرِيْقِ إِدْخَالِ مَنْدِيْلٍ أَوْ عُوْدٍ أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ لَا يُفْسِدُ الصَّوْمَ عِنْدَ الْمَذَاهِبِ الْأَرْبَعَةِ.
Maksudnya: Membersihkan telinga dengan memasukkan tisu, kayu, atau seumpamanya tidak membatalkan puasa menurut keempat-empat mazhab.

Namun eloklah ditinggalkan tabiat mengorek telinga secara berterusan ini kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan.

Ustaz Pro
Assalamualaikum

Sumber:

• islamqa.info
الاسلام سؤال وجواب
هل تنظيف الأذن يفسد الصوم؟

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now