Avengers memerlukan pasukan walaupun ada superpower.

Avengers adalah cerminan bahawa, kita perlukan teamwork atau pasukan walaupun diri kita memiliki super power. Mari kita memahaminya.

Assalamualaikum.

Pelajaran terbesar kisah Avengers adalah ONE is better than one. Maksudnya SATU team lagi baik dari seorang individu. Lima orang, mampu mencapai sesuatu yang lebih baik dari hanya seorang yang melakukan sesuatu secara bersendirian. Namun ini hanya akan terjadi bila lima orang tadi sanggup bekerjasama sebagai satu team.

Nescaya keajaiban pasti terjadi. Part yang paling susah, adalah untuk setiap individu tersebut membuang ego masing-masing, mempercayai satu sama lain dan bertindak sebagai team. Captain America dan Iron Man memiliki sikap dan pandangan yang sangat berbeza antara mereka berdua. Dan nak compromise bukanlah satu benda yang senang antara sesama mereka. Tetapi berpaksikan saling mempercayai dan respect antara satu sama lain. Mereka sanggup melupakan perkara yang tidak dipersetujui setelah berbincang.

Mengenepikan egolah perkara yang paling susah dalam membina teamwork. Tambahan pula, semua mereka memiliki kuasa super power yang pasti datang dengan pekej ego. Oleh kerana setiap super hero tadi telah menjadi part of team dan semua telah mengubah kepentingan masing-masing menjadikan satu kepentingan saja, iaitu kepentingan pasukan. Maka natijah selepas itu pasti melahirkan kejayaan luar biasa.

Namun apa yang pelik dalam realiti hari ni. Manusia yang tidak ada kuasa super power, enggan buang ego masing-masing dan melupakan kepentingan individu demi mencapai matlamat bersama yang lebih besar. Mereka lebih suka pertahankan kepentingan peribadi mereka dari kepentingan jemaah atau team. Pembuat filem Avengers ini cuba mengajar kita satu perkara. Super hero pun kena berada dalam team untuk kejayaan luar biasa. Apatah lagi kita manusia biasa lagilah perlukan team untuk menampung kelemahan kita dan menguatkan kejayaan kita.

Allah perintahkan kita, dalam menegakkan agama pun mesti bersatu dalam satu team atau bahasa Islamnya berada dalam satu Jamaah.

أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ

Hendaklah tegakkan agama dan jangan berpecah (yakni berada dalam satu jamaah bagi) menegakkan agama tersebut.
(Surah al-Syura 13)

Mari kita Transformasikan diri kita sebagai satu teamwork seperti Avengers dan terus kuat sebagai satu pasukan demi kejayaan.

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now