HUKUM MELAFAZKAN NIAT PUASA
Apakah hukum melafazkan niat puasa?
Lafaz niat puasa adalah ucapan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maka dalam al-Mausu’ah menjawab:
فَذَهَبَ الحَنَفِيَّةُ فِي المُخْتَارِ، وَالشَّافِعِيَّةُ وَالحَنَابِلَةُ فِي المَذْهَبِ، إِلَى أَنَّ التَّلَفُّظَ بِالنِّيَّةِ فِي العِبَادَاتِ سُنَّةٌ لِيُوَافِقَ اللِّسَانُ القَلْبَ،
Mazhab Hanafi dalam pendapat yang terpilih, serta mazhab Syafi’e dan Hanbali dalam mazhab mereka, berpendapat bahawa melafazkan niat dalam ibadah adalah sunat agar lidah selaras dengan hati.
وَذَهَبَ بَعْضُ الحَنَفِيَّةِ وَبَعْضُ الحَنَابِلَةِ إِلَى أَنَّ التَّلَفُّظَ بِالنِّيَّةِ مَكْرُوهٌ،
Sebahagian mazhab Hanafi dan Hanbali pula berpendapat bahawa melafazkan niat adalah makruh.
وَقَالَ المَالِكِيَّةُ بِجَوَازِ التَّلَفُّظِ بِالنِّيَّةِ فِي العِبَادَاتِ، وَالأُولَى تَرْكُهُ
Manakala mazhab Maliki membolehkan melafazkan niat dalam ibadah, namun yang lebih utama adalah meninggalkannya,
إِلَّا المُوَسْوِسُ فَيُسْتَحَبُّ لَهُ التَّلَفُّظُ لِيَذْهَبَ عَنْهُ اللَّبْسُ.
kecuali bagi orang yang was-was, maka disunatkan baginya melafazkan niat agar hilang keraguan tersebut.
Al-Mausu’ah al-Fighiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/67.
Maknanya kebanyakan ulama empat mazhab menyatakan boleh melafazkan niat dalam ibadah.
Ini diqiyaskan dari beberapa perbuatan Nabi ﷺ.
Antaranya, hadis Aishah apabila dia menjawab kepada Raulullah ﷺ apabila baginda bertanyakan makanan:
يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَا عِنْدَنَا شَيْءٌ،
wahai Rasulullah ﷺ tidak ada di sisi kita sesuatu pun (makanan).
Rasul ﷺ pun bersabda:
فَإِنِّي صَائِمٌ
Maka aku berpuasa.
Pada masa yang lain semasa Nabi ﷺ menyembelih kambing korban baginda berkata:
بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ، هَذَا عَنِّي وَعَمَّن لَم يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي
Bismillah Allahuakbar ini dariku dan dari umatku yang tidak dapat berkorban.
صحيح • أحمد (١٤٨٣٧)
Bahkan Nabi ﷺ pernah bertalbiah dalam haji dan umrah. Anas berkata aku mendengar Nabi ﷺ menyebut:
لَبَّيْكَ عُمْرَةً وَحَجّـًا
Aku memenuhi panggilanmu ya Allah untuk melaksanakan haji dan umrah.
Sahih Muslim 2195
Kesimpulanya, mengikut mazhab kita Syafi’e sunat hukumnya melafazkan niat puasa sebelum meniatkannya dihati. Maka melafazkannya adalah perbuatan yang akan mendapat pahala.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER
• FIQIH PRAKTIS SEHARI-HARI FARID NUI’MAN HASAN (508-510)