HUKUM GABUNGKAN PUASA QADHA DENGAN SUNNAT
Bolehkah menggabungkan puasa Qadha dengan puasa sunat?
Al-Inarah berpendapat boleh menggabungkan niat puasa qadha’ dengan puasa sunat, serta dia memperoleh ganjaran pahala kedua-duanya.
Bagi mereka yang waktunya sempit dan khuatir terlepas daripada mendapat ganjaran pahala sunat yang khusus seperti puasa hari ‘Arafah, hari ‘Asyura’ dan seumpamanya.
Tetapi puasa begini tidak memperoleh ganjaran yang sempurna.
Namun yang lebih afdhal adalah berpuasa secara berasingan, sebagai sikap berhati-hati (Ihtiyat) dan keluar daripada khilaf.
Kaedah fiqh menyebutkan:
مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا كَانَ أَكْثَرَ فَضْلًا
“Lebih banyak sesuatu perbuatan, lebih banyak fadhilatnya (kelebihan).”
Imam Ibn Hajar al-Haitami juga berpendapat bahawa jika sesiapa yang berniat puasa qadha’ Ramadhan pada hari Isnin misalnya, lalu dia turut berniat puasa sunat hari Isnin bersama puasa qadha’ tersebut, maka kedua-dua puasa itu adalah sah dan diberi ganjaran. (Lihat al-Fatawa al-Kubra 2/75)
Rujuk al-Inarah #1054 Gabung Puasa Qadha’ Ramadhan Bersama Dengan Puasa Sunat Yang Dituntut
Kesimpulannya boleh menggabungkan niat puasa qadha’ dengan puasa sunat, serta seseorang itu memperolehi ganjaran pahala kedua-duanya.
Konklusi
Hukum gabungkan puasa Qadha dengan puasa sunat
Al-Inarah
menyatakan boleh menggabungkan niat puasa qadha’ dengan puasa sunat
Pendapat
Ibn Hajar al-Haitami
niat puasa qadha’ kemudian niat puasa sunat bersama,
kedua-dua puasa itu adalah sah
Namun lebih afdhal adalah berpuasa secara berasingan