HUKUM MEMBATALKAN PUASA QADHA RAMADHAN.
Apakah hukum membatalkan puasa qadha ramadhan tanpa uzur?
Hukum membatalkan puasa qadha’ adalah berdosa sekiranya tanpa uzur yang disyariatkan seperti haid dan musafir.
Ini sepertimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA:
يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ أَفْطَرْتُ وَكُنْتُ صَائِمَةً .
“Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa.”
فَقَالَ لَهَا: أَكُنْتِ تَقْضِينَ شَيْئًا .
Maka Rasulullah ﷺ berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadhakan sesuatu (puasa)?”
قَالَتْ: لاَ . قَالَ : فَلاَ يَضُرُّكِ إِنْ كَانَ تَطَوُّعًا
Beliau berkata: “Tidak.” Sabda Rasulullah ﷺ: “Maka tidak memudaratkan (memberi dosa) kepadamu sekiranya ia adalah puasa sunat.
Sahih Abu Daud (2456)
Di dalam kitab Kifayah al-Akhyar dijelaskan tidak boleh seseorang membatalkan puasa qadha’ kerana telah memulakan sesuatu yang wajib. Oleh itu tidak boleh sengaja membatalkannya melainkan dengan keuzuran yang dibolehkan syarak.
Kifayah al-Akhyar fi Halli Ghayah al-Ikhtisar, 1/207
Kesimpulannya, sesiapa yang telah melakukan puasa qadha’ Ramadhan, dia tidak boleh membatalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh Syarak.
Wajib ke atas mereka mengulangi semula puasa ganti tersebut, bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan itu.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER:
AL-INARAH
#502 MEMBATALKAN PUASA QADHA RAMADHAN.