HUKUM BAU WANGI WANGIAN KETIKA PUASA
Apakah hukum mencium bau-bauan dan minyak wangi pada siang hari Ramadan?
Mencium bau-bauan dan minyak wangi pada siang hari Ramadan termasuk bukhur atau kemenyan, hukumnya mengikut sebahagian ulama menganggap masalah ini sebagai Umum Balwa yang sukar dielakkan dan dimaafkan. Inilah pendapat yang sahih, seperti dalam buku Su’alat al-So’imin.
Oleh itu mencium bau bauan dan minyak wangi tidak membatalkan puasa namun eloklah dielakkan kerana ianya makruh dan berlawan dengan hikmah puasa.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
Irsyadul Fatwa Edisi Khas Ramadan