Berapa Kali Nabi Berperang
Tahukah anda berapakah peperangan yang disertai Rasulullah sepanjang hayatnya?
Para ulama telah berselisih pendapat jumlah perang yang disertai oleh Rasulullullah S.A.W.
Namun apa yang disebut dalam Sahih Bukhari agak lebih tepat kerana berpandukan hadis. Zaid bin Arqam bila ditanya berapakah peperangan yang pernah disertai Rasulullah. Dia menyatakan bahawa Nabi terlibat dengan 19 peperangan sepanjang hayat Baginda.
(عَنْ أبِي إسْحاقَ، قالَ: سَأَلْتُ زَيْدَ بنَ أرْقَمَ رَضِيَ الله عنْه:
كَمْ غَزَوْتَ مع رَسولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ؟ قالَ: سَبْعَ عَشْرَةَ، قُلتُ: كَمْ غَزا النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ؟ قالَ: تِسْعَ عَشْرَةَ)
Dari Abu Ishak katanya: Aku bertanya Zaid bin Arqam berapakah peperangan yang kamu sertai bersama Rasulullah? Jawabnya 17 peperangan. Aku tanya lagi, berapa perang yang disertai Nabi? Jawabnya 19 peperangan.
Hebatnya Rasulullah S.A.W. Terlibat dengan begitu banyak peperangan. Semoga bermanfaat.