Universiti Cordoba
Dimanakah pusat pengajian terbaik di dunia pada masa kini? Pasti jawapannya adalah di negara barat. Tetapi tahukah anda, dahulu barat terpaksa datang ke Andalus demi ilmu. Benarkah demikian? Jom kita selusuri kisahnya.
Ada satu catatan surat yang ditulis oleh King George II Raja England kepada Khalifah Hisham III di Andalus.
Surat tersebut merupakan permohonan King George II kepada Khalifah Hisham III yang memerintah Andalus bagi menghantar anak saudaranya, Puteri Dobant dan gadis bangsawan Inggeris bagi mendapatkan pendidikan di Universiti Kordoba sekitar tahun 1028M.
Kandungan suratnya begini:
“Dari George II, Raja England, Sweden dan Norway kepada Khalifah Kerajaan Islam Sepanyol, Yang Mulia Khalifah Hisham III
Dengan hormatnya, kami mendengar tentang keilmuan hebat yang melimpahi institusi pendidikan dan industri anda di negara ini yang berprestij. “Kami berharap anak-anak kami dapat mengambil cara anda, supaya dengan ini akan menjadi permulaan yang baik bagi mengikuti jejak langkah anda dalam bidang sains, demi membangunkan negara kami yang dikepung oleh kegelapan kejahilan di semua empat penjuru. Kami ingin meletakkan anak saudara saya Puteri Dobant sebagai orang yang bertanggungjawab dalam misi membawa gadis Inggeris dari kalangan bangsawan, agar mereka diberikan penghormatan untuk belajar di bawah naungan kehebatan dan sistem pendidikan anda.
Bersama puteri Dobant ini, kami kirimkan hadiah kecil sederhana kepada tuan dengan harapan agar tuan menerimanya.
With respect and true affection, Your obedient servant, George.
Dengan hormat dan kasih sayang yang tulus, hambamu yang taat, George.”
Surat King George itu dibalas oleh Khalifah Hisham III : “Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Rahmat ke atas Tuhan, Semoga Dia melimpahkan rahmat ke atas NabiNya, Kepada Raja England, Sweden dan Norway: Kami membaca permintaan anda dan kami mempersetujui selepas berunding dengan mereka yang berkenaan. Kami ingin memaklumkan bahawa, perbelanjaan misi anda akan ditanggung oleh perbendaharaan orang Islam sebagai bukti hubungan baik kami dengan kerajaan anda. Mengenai hadiah yang disampaikan, kami merasa senang hati menerimanya. Sebagai balasan, kami hantarkan kraftangan Andalus yang berharga hasil buatan orang kami sebagai hadiah lambang kasih dari kami.
Salam. Caliph of God’s Messenger in the lands of Andalusia.”
Salam. Khalifah Rasul Allah di tanah Andalus.
Surat ini, membuka minda kita bahawa, dahulu barat datang ke Negara Islam untuk mendalami ilmu yang mengeluarkan mereka dari kejahilan dunia.
Semoga utusan surat antara King George dengan Khalifah Hisham ini dapat menggerakkan emosi kita untuk berusaha membuka minda dan membangunkan semula kekuatan Islam ini.
Sudah tiba masanya umat Islam sentiasa mengelakkan diri dari membicarakan perkara yang kurang penting setelah mereka mengetahui adanya tanggungjawab besar dalam membangunkan semula Islam kini.
Ayuh tranformasikan urusan kita dari sibuk dengan perkara kurang penting kepada perkara yang lebih penting.
Benarlah firman Allah:
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلائِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat. [Al-An’am(6):165]
Ingatlah, Allah mengamanahkan kita menjadi Khalifah di atas muka bumi dan jangan sia-siakn amanah itu.
Assalamualaikum