HUKUM DARAH DALAM MULUT ORANG PUASA
Apakah darah yang keluar dari rongga mulut membatalkan puasa?
Jika darah itu berada di dalam mulut lalu menelannya tanpa sengaja kerana tidak mampu menghindarinya, itu tidak membatalkan puasa.
Ibnu Baz menyatakan:
Tidak membatalkan puasa, baik darah dari mulutmu mahupun dari seluruh tubuhmu. (Lihat Fatwa Nur ‘ala Darb, 5,201)
Juga dalam Mausu’ah Fiqh al-Islami oleh al-Auqaf al-Misriyyah menyatakan :
Tidak terbatal puasa sekiranya terkeluar darah daripada gigi atau rongga selagimana dia tidak menelannya dengan sengaja. (Lihat al-Mausu’ah Fiqh al-Islami,19/171)
Al-Inarah menyatakan bahawa, puasa tersebut masih lagi sah dan kita ditaklifkan melakukan ibadah sekadar apa yang kita mampu .
Rujuk al-Inarah #2460: Darah Yang Terkeluar Dari Mulut Atau Rongga Ketika Berpuasa.
Konklusi
Hukum menelan darah dalam mulut
Menurut Ibnu Baz dan Mausu’ah Fiqh al-Islami
Puasanya sah kerana susah untuk menghindari darah dalam mulut itu.