Batalkah puasa jika menelan air liur?

HUKUM TELAN AIR LIUR SEMASA PUASA

Apakah hukum menelan air liur ketika puasa?

Kami (al-Inarah) nyatakan bahawa isu menelan air liur ini termasuk dalam umum al-balwa (perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan). Hal ini samalah seperti menghidu wangi-wangian dan debu-debu jalanan, di mana kesemuanya tidak membatalkan puasa.

Oleh itu, menelan air liur secara umum tidaklah membatalkan puasa. Adapun berkenaan perbuatan menghimpunkan air liur di dalam mulut, kemudian ditelan air liur tersebut, maka sebahagian ulama’ menghukumkannya sebagai makruh. (Ini yang dinyatakan Imam al-Nawawi dan juga Ibnu Qudamah) – Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/318) dan Lihat al-Mughni, 3/16.

Manakala jika air liur itu telah dikeluarkan daripada mulut, kemudian dia memasukkan dan menelannya semula, maka inilah yang membatalkan puasa. (Ini juga pendapat dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam al-Majmuk)

Rujuk al-Inarah #919: Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now