Adakah berenang membatalkan puasa?

HUKUM BERENANG KETIKA PUASA.

Apakah hukum berenang semasa berpuasa?

Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab:

وَلَوِ اغْتَمَسَ فِي الْمَاءِ، فَإِنْ لَمْ يَصِلِ الْمَاءُ إِلَى جَوْفِهِ لَمْ يُفْطِرْ،
(Jika seseorang menyelam ke dalam air, maka jika air tidak sampai ke dalam perutnya, puasanya tidak batal.


وَلَكِنَّهُ مَكْرُوهٌ لِأَنَّهُ يُؤَمَّنُ مِنْ وُصُولِ الْمَاءِ إِلَى جَوْفِهِ
Namun, perbuatan itu makruh kerana ada kemungkinan air masuk ke dalam perutnya.)
al-Majmu’, 6/317


Imam al-Rafi’i juga menyatakan makruh hukumnya.

وَأَمَّا الِاغْتِمَاسُ فِي الْمَاءِ فَهُوَ مَكْرُوهٌ لِلصَّائِمِ، لِأَنَّهُ يُغَرِّرُ بِصِيَامِهِ
“Adapun menyelam dalam air, ia adalah makruh bagi orang yang berpuasa kerana ia mendedahkan puasanya kepada risiko batal.”
al-Aziz Syarh al-Wajiz, 4/401


Kesimpulannya Berenang tidak membatalkan puasa selagi air tidak masuk ke dalam rongga badan (mulut, hidung, telinga).

Anas bin Malik R.A pernah masuk dan berendam di dalam bekas takungan air ketika berpuasa. Kata beliau:

إِنَّ لِي أَبْزَنَ أَتَقَحَّمُ فِيهِ، وَأَنَا صَائِمٌ
Sesungguhnya aku memiliki satu takungan air, di mana aku masuk ke dalamnya, sedangkan aku sedang berpuasa.

Sahih al-Bukhari, 3/30

Namun hukum berenang boleh menjadi makruh jika berisiko tinggi air masuk ke dalam rongga badan.

Harus berenang jika seseorang dapat memastikan air tidak masuk ke dalam tubuhnya, terutama dalam keadaan panas untuk mendinginkan badan.

Tetapi jika air masuk ke dalam rongga badan dengan sengaja, maka puasanya batal.

Jauhi renang jika ada potensi batalnya puasa apabila air masuk ke dalam rongga terbuka.

Ustaz Pro
Assalamualaikum

SUMBER

• AL-INARAH # 2242 BERENANG DAN MENYELAM KETIKA BERPUASA
• Majmu 6/317
• Al-Aziz Syarh al-Wajiz, 4/401

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now