Tidur sepanjang hari membatalkan puasa?

HUKUM TIDUR SEPANJANG HARI RAMADAN

Apakah hukum puasa orang yang tidur sepanjang Ramadan?

Tidur sepanjang waktu siang dalam bulan Ramadan tidak membatalkan puasa. Bahkan, jika seseorang yang berpuasa tidur sepanjang siang, puasanya tetap sah.

Namun, dia telah mensia-siakan kelebihan yang sepatutnya diperoleh.

Imam al-Nawawi dalam Raudah al-Talibin menyatakan:

وَلَوْ نَامَ جَمِيعَ النَّهَارِ صَحَّ صَوْمُهُ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَعْرُوفِ اهـ
Sekiranya seseorang tidur sepanjang siang, puasanya tetap sah menurut pendapat yang sahih dan masyhur.

Raudah al-Talibin wa ‘Umdat al-Muftin (2/366)

Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni juga berkata:

النَّوْمُ لا يُؤَثِّرُ فِي الصَّوْمِ، سَوَاءٌ وُجِدَ فِي جَمِيعِ النَّهَارِ أَوْ بَعْضِهِ اهـ
“Tidur tidak memberi kesan kepada puasa, sama ada berlaku sepanjang siang atau sebahagiannya.”

Mughni (3/116)

Namun, mazhab Maliki menganggap tidur berlebihan pada siang hari dalam Ramadan sebagai sesuatu yang makruh.

Al-Allamah al-Hattab dalam Mawahib al-Jalal fa Sharh Mukhtasar Khalil menyebut:

(فَرْعٌ): مِنَ الْمَكْرُوهِ.. الْإِكْثَارُ مِنَ النَّوْمِ بِالنَّهَارِ، نَقَلَهَا الْقَاضِي عِيَاضٌ وَابْنُ جُزَيٍّ] اهـ

(Bab cabang): Antara perkara yang makruh… adalah terlalu banyak tidur pada siang hari, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Qaḍi Iyad dan Ibn Juzayy.”

Tidak syak lagi bahawa ganjaran bagi orang yang berpuasa adalah mengikut kadar kesusahannya dalam berpuasa.

Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ kepada Saidatina ‘Aisyah رضي الله عنها:

إِنَّ لَكِ مِنَ الْأَجْرِ عَلَى قَدْرِ نَصَبِكِ وَنَفَقَتِكِ

“Sesungguhnya kamu mendapat pahala mengikut kadar kepayahan dan infakmu.”
— Diriwayatkan oleh al-Ḥākim dalam *al-Mustadrak*.

Kesimpulannya tidur sepanjang siang hari Ramadan puasa seseorang tetap sah tetapi makruh. Namun puasanya menjadi kerugian kerana kehilangan kesempatan memburu pahala.

Ustaz Pro
Assalamualaikum

SUMBER:

• ‏فتاوى دار الإفتاء المصرية
حكم صيام من نام أكثر اليوم في نهار رمضان
https://www.dar-alifta.org/ar/fatawa/13877/

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now