Podcast
Bila anda tahu kehendak anda, pada masa itu problem anda akan menjadi peluang. Pengajaran dari kisah The Beatles.
Assalamualaikum
Setelah The Beatles menandatangani kontrak untuk recording Album pertama mereka pada tahun 1962, tiga ahli the Beatles mendesak pengurus mereka Brian Epstein untuk pecat pemain drum the Beatles, iaitu Pete Best. Tak tau sebab apa mereka nak pecat Best, Epstein terpaksa memberi tahu Best perkara itu tiga hari sebelum recording album mereka bermula. Cuba bayangkan betapa sedihnya Best.
Kalau ikutkan, Best tidak pernah ada kontroversi. Dia bukan saja menjadi kegilaan peminat kerana handsome. Bahkan dia tidak ambil dadah. Peminat lebih nampak dia yang patut mengetuai the Beatles bukan John atau Paul. Apa yang menyedihkan lagi, setelah enam bulan pemecatannya The Beatles meletup menjadi kegilaan ramai menyebabkan John, Paul, George dan Ringgo Starr yang menggantinya sebagai drummer menjadi terkenal seluruh dunia. Keadan itu, menyebabkan Pete Best tertekan.
Dia cuba saman the Beatles pada tahun1965. Projek muziknya dengan yang lain gagal. Hinggakan pada tahun 1968 dia hampir membunuh diri. Tetapi ibunya menjadi penyelamatnya dengan menasihatinya. Setelah sekian lama, apa yang terjadi pada Pete Best selepas itu? Dalam satu interview pada tahun 1994 yakni setelah 32 tahun dipecat dari The Beatles. Best berkata: “I’m happier than I would have been with the Beatles.” Ini bukan ucapan berpura-pura Best. Rupanya terkeluar dari The Beatles menjadi penyebab ia bertemu jodoh dengan isterinya dan membawa kepada perkahwinan yang selepas itu melahirkan anak-anak yang dia sayangi.
Keinginannya sudah bertukar dari ingin menjadi glamour kepada hidup yang lebih bahagia bersama orang tersayang. Apabila ia mula memahami kehendak hatinya, kemarahannya pada The Beatles bertukar menjadi syukur kerana peristiwa itu. Kehendaknya kini telah berubah nak kepada keluarga yang bahagia, perkahwinan yang kukuh dan hidup yang simple dan tak mau serabut. Persoalan lain yang timbul, adakah dia berhenti bermain drum? Tidak Pete Best masih terus bermain drum, pusing satu eropah dengan konsert dan masih rekod album sampailah tahun 2000.
So apa yang hilang darinya? Takde benda hilang. Cuma dia tidak bersama the Beatles. Itu saja. Sedangkan yang lain semua masih ada dengannya. Bahkan ia mendapat semuanya. Family, kasih sayang, ketenangan dan masih bermain drum sebagai minat dan kerjaya. Sebab itu apabila anda jelas apa yang anda nak, maka barulah anda tahu nak apa dan nak buat apa. Barulah anda tahu yang datang itu masalahke atau peluang untuk anda berubah. Allah ingatkan kita
ه لنفسر يشكا نمإفر شكن وم
Siap yang bersyukur ia sebenarnya bersyukur terhadap dirinya (al-Namli 40) Kisah Pete Best ini bukan sekadar cerita. Tetapi untuk kita transformasikan pemikiran, diri dan usaha ke arah kejayaan. Terus kuat demi perubahan. Sharelah untuk semua.
Assalamualaikum