HUKUM MELUMUR MINYAK PADA GIGI
Bolehkah meletakkan minyak atau sesuatu pada gigi yang sakit semasa berpuasa?
Meletakkan atau melumuri minyak atau sesuatu pada gigi yang sakit, sekalipun yang berpuasa merasainya pada halkumnya, tidaklah membatalkan puasanya. Inilah fatwa yang dikemukakan oleh Syeikh Hasanain Makhluf (Mantan Mufti Mesir). Ini kerana ia termasuk dalam darurat dan bukan bersifat makan dan minum.
Jadi melumur minyak ke dalam mulut sama ada gigi, gusi atau mulut yang sakit tidak batal puasa. Ini kerana perbuatan itu bukan kerana mahu makan tetapi kerana sakit. Maka ianya dibolehkan.
Ustaz Proz
Assalamualaikum
Irsyadul Fatwa Edisi Khas Ramadan