Kisah Jarir bin Abdullah

KISAH JARIR BIN ABDULLAH
Bijak Dalam Menjaga Aib

Kisah Jarir bin Abdullah yang menjaga aib para tetamu.

Dalam Kitab al-Turuq al-Hukmiah karya Ibnu Qayyim ada menceritakan bahawa, ketika Umar berada di rumahnya bersama Jarir bin Abdullah dan beberapa orang tetamu, Umar tercium bau kentut.

Maka Umar berkata kepada mereka yang hadir, “Aku harap orang yang membuang angin segeralah untuk berwuduk.”

Lalu Jarir pun memberikan saranan kepada Umar:
“Wahai Amirul Mukminin, alangkah baiknya jika semua yang hadir ini pergi mengambil wuduk,”

Umar berkata, “Semoga Allah merahmatimu. Sebaik-baik pemimpin pada saat jahiliyah adalah engkau. Dan sebaik baik pemimpin di masa Islam juga adalah engkau.”

Umar memuji kebijakan Jarir dalam menjaga aib para hadirin. Ini kerana jika semua yang hadir berwuduk, maka orang yang membuang angin tidak merasa malu.”

Begitulah hebatnya orang terdahulu. Mereka lebih sanggup menjaga air muka rakan-rakan dari membiarkan aib mereka terdedah. Walaupun dalam sekecil bab seperti kentut pun, orang seperti Jarir ingin menutup aib mereka. Bayangkan jika dalam perkara aib yang lebih besar sudah tentu Jarir akan lebih menjaga dan menutup aib sahabat itu.

Keadaan ini berbeza dengan masyarakat di zaman kita yang lebih rela membuka aib demi kepuasan peribadi dan menjatuhkan orang lain. Janganlah kita jadi begitu

Ayuh kita jadi seperti Jarir. Bukan sahaja bijak dalam menjaga maruah rakan tetapi cerdik memberikan solusi ketika timbul masalah.

Sabda Nabi:

وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ يَتَّبِعْ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعْ اللهُ عَوْرَتَهُ
Janganlah kalian mencari-cari (‘aib) mereka. Ini kerana barang siapa yang mencari-cari kesalahan orang lain, maka Allah akan membongkar kesalahannya.
[HS Ahmad]

Teruskan bersama Ustaz Pro demi kefahaman yang benar.

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now