HACKS & SUNQUICK
Bila dengar gula-gula Hacks dan Sunquick ramai yang kata ini cina punya. Sedangkan ia adalah milik Muslim sejak awal produk itu berada di Malaysia. Mari dengarkan kisahnya.
Assalamualaikum.
Gula-gula Hacks yang berasal dari Enland ini sebenarnya sudah pun menjadi milik seorang usahawan muslim iaitu Datuk Seri Barkath Ali. Dia merupakan pengeluar tunggal Hacks peringkat antarabangsa.
Kisah Hacks ini bermula apabila ayah kepada Datuk Seri Barkath Ali iaitu Haji Abu Backer berjaya memujuk pembuat Hacks di England untuk melantik beliau sebagai ejen tunggal Hacks di Malaya dan Singapura sekitar pertengahan tahun 1950.
Asal Haji Abu Backer hanya membuka kedai runcit Barkath Store di Pulau Pinang. Gula-gula Hacks yang diimport dari England pada masa itu mendapat sambutan cukup hebat di Malaysia.
Ini menyebabkan Haji Abu Backer cuba meyakinkan syarikat White Hudson Pte Ltd supaya melantiknya sebagai ejen tunggal gula-gula itu.
Kesungguhan yang ditunjukkan Haji Abu Backer menyebabkan syarikat tersebut bersetuju menjadikan dia sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura.
Setelah beberapa lama menjadi pengedar timbul masalah kelewatan order sampai. Cukai yang tinggi dan persaingan harga. Maka dalam tahun 1965, Haji Abu Backer meminta Syarikat White Hudson Pte Ltd supaya mewujudkan sistem rakan kongsi niaga dengan Barkath Store untuk menghasilkan gula-gula itu di Malaysia.
Haji Abu Backer menghantar anaknya Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks.
Setahun kemudian setelah kembali ke Malaysia, Hacks berjaya di buat dan diedarkan dari Malaysia atas nama Syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.
Pada masa yang sama, Barkath Stores juga menjadi pengedar minuman Sunquick yang berasal dari Denmark. Kini Sunquick pun sudah menjadi milik penuh syarikat Datuk Seri Barakath dan diedar kepada hampir 80 negara seluruh dunia.
Di sini menunjukkan bukanlah umat Islam tidak pandai berniaga. Bahkan ini sebagai membuktikan bahawa mereka boleh berurusan dengan syarikat luar negara dengan baik.
Saya percaya diluar sana banyak lagi syarikat perniagaan muslim yang mencipta kejayaan dan menaikkan imej muslim di mata dunia.
Anda bagaimana? Semoga kisah Hacks dan Sunquick ini menjadi pembakar semangat untuk kita pula, membuat secara serius dan proper untuk bawa syarikat kita pergi lebih jauh.
Buktikanlah wahai para muslim yang sedang berniaga. Jangan buat perniagaan hanya lepas batuk di tangga dan sekadar suka-suka sahaja. Ini kerana anda dikira berada di bawah panji Abdul Rahman bin Auf yang benar-benar melakukan jihad perniagaan.
Nabi bersabda:
التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ
“Perniaga yang jujur dan amanah akan berada bersama para Nabi, Siddiqin dan para Shuhada.” [Hadis Termizi]
Ayuh transformasikan perniagaan kita supaya terus kuat dan berdaya saing.
Assalamualaikum