KEDAH ISLAM SEBELUM MELAKA
Tahukah anda Kedah adalah negeri terawal Islam.
Sultan Kedah yang awal masuk Islam iaitu Maharaja Derbar Raja II. Baginda telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani dengan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah. Kemudian selepas daripada itu baginda Sultan telah melantik beliau sebagai penasihat agama, undang – undang dan juga dalam hal ehwal pemerintahan negeri Kedah.
Dalam kajian Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM menyatakan sejarah Kedah mencatatkan, Syeikh Abdullah al-Yamani mengislamkan Maharaja Derbar Raja II pada tahun 531H (1136M).
Kedah adalah negeri yang awal menerima pengaruh Islam dari Melaka, walaupun akhirnya Melaka dikira sebagai pusat penyebaran agama dan dakwah Islam. Tetapi Kedah adalah negeri pertama menerima Islam.
Persoalan kenapa Kedah boleh menerima pengaruh Islam? Ini kerana, Kedah merupakan pelabuhan perdagangan terawal sebelum Melaka. Apabila Kedah yang dahulu dipanggil Kalah atau Kilah merupakan pelabuhan, menjadikan para pedagang muslim mudah membawa Islam.
Kedah jadi negara Islam seluruhnya pada tahun 1136 masihi setelah Derbar Raja Islam dan penduduknya mengikuti agama Baginda.