Apakah HUKUM DARAH PADA DAGING, URAT DAN TULANG HAIWAN SEMBELIHAN?
Dalam AL-KAFI #654 menyatakan:
Di sisi ulama mazhab al-Syafie, terdapat dua pendapat dalam permasalahn ini:
Hukum darah pada daging itu Suci. Ini adalah pendapat Imam al-Nawawi seperti mana yang diputuskan daripada tulisan beliau di dalam al-Majmu’. Ini juga adalah sejalan dengan pendapat Imam al-Subki. Maknanya darah itu suci pada pandangan Imam al- Nawawi dan Imam al-Subki
Manakala pendapat kedua menyatakan darah pada daging itu adalah Najis tetapi ianya dimaafkan oleh syarak. Yakni, dimaafkan jika dimakan maka hukum daging yang ada darah itu adalah halal.
Sila Rujuk kitab I`anah al-Thalibin (1/100)
Mufti Wilayah menyatakan Kami cenderung kepada pendapat bahawa ianya adalah suci mengikut pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Subki. Ini kerana yang diharamkan berdasarkan mafhum atau kefahaman nas adalah darah yang mengalir ketika hidup atau ketika sembelih. Maka adapun selepas mati, darah pada daging itu tidak mengalir seperti ketika hidup justeru hukumnya adalah halal. Begitu juga sukarnya untuk menjaga diri daripada darah yang terdapat pada daging dan tulang, sama ada dijirus air atau tidak, bagi orang yang memasak, pelapah dan penyembelih.
Justeru, darah pada daging, urat dan tulang ayam yang sudah dimasak adalah halal dan suci.
Manakala daripada aspek kesihatan, jika (ada) doktor (yang) melarangnya kerana mudarat penyakit dan sebagainya, maka haram atau makruh memakannya mengikut kadar mudarat.
Inilah pendapat Mufti Wilayah yang kita mengambilnya sebagai panduan kita.
Ustaz Pro
Assalamualaikum.