HUKUM IBU BAPA GUNA DUIT RAYA ANAK
Apakah hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak-anak mereka?
Haram bagi ibu bapa untuk menggunakan duit raya anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.
Ini seperti yang disebut oleh Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’:
وَقَالَ الشَّافِعِيُّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، وَأَبُو حَنِيفَةَ، وَمَالِكٌ: لَيْسَ لِلْوَالِدِ أَنْ يَأْخُذَ مِنْ مَالِ وَلَدِهِ إِلَّا بِقَدَرِ حَاجَتِهِ، لِحَدِيثِ: (فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا). وَالْحَدِيثُ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Imam al-Syafie, Abu Ḥanifah dan Malik berkata: Tidak harus bagi seorang bapa mengambil harta anaknya kecuali sekadar keperluannya, berdasarkan hadis: “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini.” Hadis ini disepakati kesahihannya (muttafaq ‘alaih).
al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab 15/384.
Kesimpulannya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit raya anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.
Sekiranya ibu bapa sudah menggunakan duit raya anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER
IRSYAD HUKUM SIRI KE-835: HUKUM IBU BAPA MENGGUNAKAN DUIT RAYA ANAK-ANAK