Filem Parasite

Apabila anda membawa value atau nilai universal dengan teknik yang betul dan menarik pasti anda akan diiktiraf. Kisah kemenangan Filem Parasite (Korea) di Oscar. Assalamualaikum Parasite arahan Bong Joon-ho dipilih sebagai Filem Terbaik di Oscar, termasuk menang kategori Pengarah Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Parasite menewaskan filem hebat lain iaitu 1917, Joker, Ford v Ferrari, Marriage Story, Jojo Rabbit, The Irishman, Little Women dan Once Upon a Time.. In Hollywood.

 

Sebelum ke Oscar filem ini telah pun mendapat pengiktirafan di beberapa Festival Filem lain. Antaranya Di Festival Fim Cannes 2019. Menjadikan namanya sudah di bina sebelum ke Oscar. Filem ini berkisar tentang jurang antara kaya dan miskin di Korea Selatan. Walaupun tidaklah sepenuhnya tepat, tetapi Parasite berjaya menunjukkan betapa jauh dan luasnya jurang itu. Parasite ingin menunjukkan bahawa tidak mudah untuk mengubah status quo itu.

 

Oleh kerana masalah ini adalah permasalahn global yang dihadapi oleh semua orang, menyebabkan filem ini mudah difahami. Ditambah dengan cinematogarfi, screen play filem yang sangat superb dan membawa nilai komedi gelap menaikkan aura adunan yang sempurna. Sebenarnya key point kejayaan filem ini adalah kemampuan membawa value tinggi yang berjaya menyentuh emosi dan pemikiran semua yang menonton. Kisah penindasan sang kaya tehadap sang miskin dan susahnya mengubah sistem kapitalis iaitu yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin walaupun sekeras mana sang miskin berkerja. Ini sentimen yang di fahami oleh semua orang.

 

Di sini membuktikan kini, bahasa tidak menjadi halangan untuk mengetengahkan value yang universal. Filem ini sepenuhnya berbahasa Korea. Satu kata-kata menarik Joon-ho pengarah Filem ini semasa di anugerah Golden Globe. “Jika kamu buang tembok bahasa sebagai halangan, pasti di sana kamu akan diperkenalkan dengan filem-filem hebat lain. Di sinilah membuktikan selagi kita ketengah value yang tinggi dengan garapan profesional dan tidak cincai atau janji buat bagi ada ja.

 

Percayalah karya kita, kerja kita, usaha kita akan diiktiraf suatu masa nanti. Bahasa, bangsa, asal mana kita, tidak akan menjadi isu pun sebenarnya untuk berjaya. Jangan kita yang letak limitasi itu dalam minda dan percakapan kita. “Depa takpa la boleh sebab depa orang putih. Kita ni melayu ja. Mana mampu.” Please buka bockage ini dulu. Kalau kita buka Netflix kini, mereka sudah membawa apa jua filem dari pelbagai negara selagi kisah filem itu ada value yang tinggi.

 

Walaupun filem itu bukan berbahasa Inggeris. Sedarlah, kini adalah masa orang menilai dan ambil value yang tinggi bersama nilai yang baik. Bukan lagi dari mana ia datang. Datanglah dari Uganda pun jika ia bernilai pasti akan diambil oleh dunia kini. Moga bukti kejayaan Filem Parasite ini, hingga mampu capai peringkat antarabangsa , menjadi turning point untuk kita juga mampu bangun dan jangan rasa lemah dan ragu dengan kemampuan kita untuk mendunia.

 

Ayuh TRANSFORMASIkan diri kita untuk yakin kita boleh berdiri sama tinggi dengan siapa sahaja. TERUS untuk KUATkan kepercayaan kita ini, demi kejayaan masa depan. Teruskasn share demi perubahan.

 

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now