Bolehkah memberi salam kepada non muslim.

HUKUM MEMBERI SALAM KEPADA NON MUSLIM

Apakah Hukum memberi salam kepada non muslim?

Assalamualaikum

Memang ada satu larangan di dalam hadis dalam memberi salam kepada Yahudi dan Nasrani yakni non muslim.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda:
لا تَبْدَؤُوا اليَهُودَ ولا النَّصارَى بالسَّلامِ

“Janganlah memulai salam kepada Yahudi dan Nasrani.”- HS Muslim 2167

Baik apa kata ulama dalam masalah ini.

Imam Nawawi dalam al-Minhaj Syarah Sahih Muslim menghuraikan larangan di dalam hadis membawa maksud haram memberi salam kepada non muslim.

Namun Ibnu Abbas dan Abu Umamah berpendapat boleh mulakan salam kepada Non muslim.

Manakala Alqamah, al-Nakha’i dan al-Auzai menyatakan boleh memulakan salam kepada non muslim dengan syarat ada keperluan dan keadaan darurat.

Maknanya ada tiga pendapat ulama dalam masalah ini.

Oleh itu, bagaimana kita mengambil hukum dengan ketiga-tiga pendapat ini.

Baik, jika kita tidak ada keperluan untuk memberi salam kepada mereka kita, maka ambillah pendapat yang terkuat yakni pendapat Imam Nawawi yang menyatakan haram memulakan salam kepada non muslim.

Namun jika kita ada keperluan memberi salam kepada mereka sebagai contoh kerana ingin menunjukkan rahmat Islam dan ada unsur dakwah di dalamnya makan ambillah pendapat ibnu Abbas, Al-Auzai dan lainnya yang menyatakan boleh memberi salam kepada mereka.

Namun saya sendiri lebih cenderung kepada pendapat Ibnu Abbas dan Abu Umamah yang membenarkan memberi salam kepada non muslim, kerana pendapat ini memiliki dakwah yang baik dalam memperkenalkan nilai salam kepada non muslim.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now