GANDAAN FIDYAH PUASA
Hukum gandaan fidyah puasa.
Jika seseorang itu cuai dan tidak mengqadha’ puasa sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, dia berdosa (kerana dia melalaikan qada tersebut) dan wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkaunya.
Athar daripada Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Abu Hurairah R.A bahawasanya mereka telah berkata :
فيمَنْ عليهِ صومٌ فَلم يَصُمْهُ حتّى أدركهُ رمضانُ آخَرُ، يُطعِمُ عنِ الأوَّلِ
Maksudnya : “Sesiapa yang ada puasa ganti, tetapi dia tidak menggantikannya lagi sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, hendaklah dia beri (fidyah) bagi (Ramadhan yang lepas)”
Ukuran satu cupak Fidayah bersamaan kira-kira 600 gram.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
Sila Rujuk al-Inarah #1747: Gandaan Fidyah.