HUKUM MAKAN KETIKA AZAN SUBUH RAMADAN.
Apakah hukum makan ketika sedang berkumandang azan subuh di dalam bulan Ramadan? Adakah makanan dan minuman itu terus di telan atau dibuang dari mulut?
Berkata Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’:
فَإِنْ طَلَعَ الْفَجْرُ وَفِي فِيهِ طَعَامٌ فَأَكَلَهُ ، أَوْ كَانَ مُجَامِعًا فَاسْتَدَامَ بَطَلَ صَوْمُهُ ، وَإِنْ لَفَظَ الطَّعَامَ أَوْ أَخْرَجَ مَعَ طُلُوعِ الْفَجْرِ صَحَّ صَوْمُهُ
“Maka jika fajar telah terbit sedangkan di dalam mulutnya masih ada makanan, lalu dia memakannya, atau dia sedang bersetubuh lalu meneruskannya, maka batal puasanya. Namun, jika dia meludahkan makanan tersebut atau menghentikan persetubuhan seiring dengan terbitnya fajar, maka sah puasanya.”
المجموع شرح المهذب 6/322
صحيح البخاري (٢٦٥٦) • مسلم (١٠٩٢)
Berkata Imam Ibnu Qayim dalam Tahzib al-Sunan (تهذيب السنن):
وَذَهَبَ الْجُمْهُوْرُ إِلَى امْتِنَاعِ السَّحُوْرِ بِطُلُوْعِ الْفَجْرِ، وَهُوَ قَوْلُ الْأَئِمَّةِ الْأَرْبَعَةِ.
Dan majoriti ulama berpendapat bahawa sahur harus dihentikan dengan terbitnya fajar, dan ini adalah pendapat keempat-empat imam mazhab.
islamqa.info/ar/answers/66202/
Kesimpulannya seperti yang disebut oleh laman web: islamqa.info (الاسلام سؤال وجواب)
فَمَنْ تَيَقَّنَ طُلُوْعَ الْفَجْرِ الصَّادِقِ لَزِمَهُ الإِمْسَاكُ، وَإِنْ كَانَ فِي فَمِهِ طَعَامٌ لَزِمَهُ أَنْ يَلْفِظَهُ، فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ فَسَدَ صَوْمُهُ.
“Maka sesiapa yang yakin bahawa fajar sadiq telah terbit, wajib baginya untuk berhenti makan dan minum. Jika masih ada makanan di dalam mulutnya, dia wajib meludahkannya. Jika dia tidak melakukannya (sebaliknya menelannya), maka batal puasanya.”
Oleh itu buanglah makanan dan minuman dari mulut jika sudah benar-benar masuk waktu subuh untuk mengelakkan batalnya puasa.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER:
• هل يلزم الإمساك عن الأكل والشرب بمجرد سماع أذان للفجر؟
islamqa.info/ar/answers/66202