Untuk mencapai kemuncak mendunia tak perlu pun menjadi orang luar biasa. Cukup menjadi orang biasa macam
Phil Knight sang pencipta NIKE. Marilah dengarkan kisahnya
Assalamualaikum
NIKE mengambil masa Lapan tahun untuk memintas penguasaan Adidas di Amerika. Ia juga berjaya meninggalkan
Reebok jauh di belakang.Apa sebenarnya yang dilakukan Phil Knight hingga mampu memacu kejayaan hebat Nike?
Phil Knight, bukanlah orang yang luar biasa. Dia bukanlah seorang juru jual yang terbaik.
Dia juga tidak pandai pun untuk membuat kasut. Bahkan nama Nike pun bukan dia yang bagi.
Kepandaian Phil Knight adalah mencari rakan partner, team yang bagus, pekerja dan atlet yang terbaik
untuk menguruskan kekurangan yang ada padanya.Kelemahannya tadi ditampung oleh rakan-rakan
yang bersama dengannya.
Phil memang memiliki idea gila yang tak terfikir oleh orang ramai pada masa itu. Dia merancang untuk import kasut
Jepun dari Syarikat Onitsuka jenama Tiger (Hari ini dipanggil Asics). Dia berani dan sanggup travel ke Jepun untuk
dapatkan deal dengan Onitsuka bagi menjual kasut tersebut.
Bila CEO Onitsuka bertanya nama syarikatnya. Tanpa berfikir panjang, spontan dan blur dia terus sebut, syarikatnya
bernama Blue Ribbon Sports. Nama itulah yang dia pakai sebelum terbit nama NIKE. Dia ni betul-betul just do it.
Balik dari Jepun ia terus mencari Bill Bowerman bekas jurulatih tracknya yang memang sangat obses dengan kasut
larian terbaik untuk atlet. Bill lah mencetuskan reka bentuk untuk kasut NIKE. Betullah tanpa Bill, Phil Knight
pasti gagal.
Setelah kasut Tiger laris terjual,
Pada tahun 1965 Phil hire seorang jurujual hebat yang bernama Jeff Johnson.
Kepandaian Jeff adalah menjaga database dan pelanggan. Jeff sentiasa engage dengan pelanggannya. Dia hantar kad
birthday untuk mereka. Tahu saiz kasut mereka. Hantar kata-kata semangat dan kongsi tip training dengan mereka.
Dan pelbagai lagilah usahanya untuk menjaga pelanggan. Jeff berjaya menjual 3250 pasang kasut hanya dalam masa
10 bulan sahaja. Satu kejayaan besar bagi syarikat baru.
Pada tahun 1971 syarikat memutuskan untuk berhenti jual kasut Onitsuka dan buat kasut sendiri. Phil tidak lagi mahu
memakai nama Blue Ribbon Sports. Dia inginkan nama yang lebih cachy.
Kalau ikut Phil, dia nak bagi nama Dimension Six. Fuh nama tak ble blah. Setelah berbincang dengan seluruh team
maka terbitlah nama NIKE (Nike adalah nama dewa kejayaan dalam agama Rom). Jeff Johnson dapat nama tu dalam mimpi dia.
Di sini menunjukkan Phil tidak membuat keputusan seorang bahkan mengambil keputusan bersama dengan team.
Pada tahun 90an NIKE dikatakan menindas pekerja kilang mereka. Setelah NIKE membuat siasatan. Akhirnya Phil Knight
pada 1998 bangun memperbaiki kelemahan tersebut dengan membuat satu polisi menjaga kebajikan seluruh pekerja.
Setelah dua dekat, sikap menjaga kebajikan pekerja ini, akhirnya membuatkan NIKE mampu menjadi jenama Dunia yang
memintas brand-brand lain. Inilah berkat hasil menjaga semua orang. Termasuk pekerja kilang tadi.
Betullah bila kit a jaga kita. Rezeki akan datang.
Bagi Phil atlet tajaan NIKE bukan sekadar alat pemasaran. Tetapi mereka dianggap kawan baik kepadanya. Tiger Wood menjadi
best friend Phil selepas bersama NIKE. Bahkan semua atlet NIKE dianggap sebagai sahabat oleh Phil.
Kesimpulannya. Kejayaan Phil dan NIKE bukan kerana produknya hebat. Tetapi kerana menjaga semua orang yang bersama
dengannya. Menyebabkan mereka ini pula tolong menjaga sistem NIKE seperti milik mereka sendiri. Ini bukan sekadar
cerita, tetapi transformasi bagi menjaga semua orang. Tirulah Phil Knight orang biasa yang mencipta NIKE LUAR BIASA.
Moga kita ini menjadi NIKE yang seterusnya.
Assalamualaikum