SOLUSI BAGI ORANG YANG LUPA NIAT PUASA
Lupa niat puasa Ramadhan, apa solusinya?
Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata (secara ringkasnya):
لَوْ تَسَحَّرَ لِيَصُومَ
Sekiranya (seseorang) bersahur untuk tujuan berpuasa
مَعَ خُطُورِ الصَّوْمِ بِبَالِهِ كَذَلِكَ كَفَاهُ ذَلِكَ؛
ditambah pula muncul dalam fikirannya untuk berpuasa, maka sudah cukup (dikira sebagai niat puasa),
al-Inarah menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu bangun untuk bersahur dan terlupa melintaskan niat dalam hati untuk berpuasa, maka puasanya sah kerana perbuatan sahur tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah dengan tujuan untuk berpuasa.
Antara solusi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, digalakkan juga untuk berniat puasa sebulan penuh berdasarkan pendapat Imam Malik sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya seseorang itu terlupa untuk berniat pada malam harinya.
Rujuk al-Inarah #834: Terlupa Untuk Berniat Puasa
Konklusi
Solusi lupa niat puasa.
Pertama jika bangun sahur walaupun lupa niat, maka sahur sudah memadai sebagai niat.
Pendapat Ibnu Hajar al-Haitami.
Kedua
Niat puasa sebulan penuh bagi elak lupa
Pendapat Imam Malik