HUKUM MERASA MAKAN SEMASA BERPUASA
Apakah hukum merasa makanan semasa berpuasa?
Imam Ibn Abī Shaybah dalam al-Musannaf membawa pendapat Ibnu Abbas:
“لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ.”
“Tidak mengapa seseorang merasa cuka atau sesuatu (makanan) selagi ia tidak masuk ke dalam tekaknya ketika berpuasa.”
المصنف (دار الفكر)3/47
Sanadnya hasan, dan ia menjadi hujah dalam fiqh bahawa merasa makanan dibolehkan dengan syarat tidak menelannya.
Darul Ifta Mesir juga menjawab persoalan ini:
وَبِالنِّسْبَةِ لِذَوْقِ الطَّعَامِ: فَلَا بَأْسَ بِهِ إِذَا كَانَ لِحَاجَةٍ أَوْ مَصْلَحَةٍ؛ بِشَرْطِ أَنْ يَحْتَرِزَ مِنْ وُصُولِ عَيْنِ الْمَذُوقِ -وَلَوْ صَغِيرًا- إِلَى جَوْفِهِ؛ لِأَنَّ الصَّوْمَ يَبْطُلُ بِبَلْعِ الْأَعْيَانِ لَا بِالطُّعُومِ.
Terjemahan:
Adapun mengenai merasa makanan, tidak mengapa jika ada keperluan atau manfaat tertentu, dengan syarat seseorang itu berhati-hati agar tidak ada benda fizikal daripada makanan yang masuk ke dalam perutnya, walaupun sedikit. Ini kerana puasa batal dengan menelan sesuatu yang berbentuk fizikal (ain), bukan sekadar rasa (ta‘am).
حكم المضمضة والاستنشاق وذوق الطعام للصائم
www.dar-alifta.org/ar/fatwa/details/18354/
Di dalam Mughni Muhtaj ada disarankan hati-hati merasa makanan:
يُسْتَحَبُّ أَنْ يَحْتَرِزَ عَنْ ذَوْقِ الطَّعَامِ؛ خَوْفًا مِنْ وُصُولِهِ إِلَى جَوْفِهِ أَوْ تَعَاطِيهِ لِغَلَبَةِ شَهْوَتِهِ.
Disunatkan untuk berhati-hati daripada merasa makanan, kerana dikhuatiri ia sampai ke dalam perutnya atau dia menelannya disebabkan dominasi syahwatnya.
Mughni al-Muhtaj 2/168.
Kesimpulannya seperti disebut oleh (الاسلام سؤال وجواب)
لَا حَرَجَ عَلَى الصَّائِمِ فِي تَذَوُّقِ الطَّعَامِ لِلْحَاجَةِ، بِأَنْ يَجْعَلَهُ عَلَى طَرَفِ لِسَانِهِ،
Tidak mengapa bagi orang yang berpuasa untuk merasa makanan jika ada keperluan, dengan meletakkannya di hujung lidahnya,
ثُمَّ يَمُجَّهُ وَيُخْرِجَهُ مِنْ فِيهِ وَلَا يَبْتَلِعَ مِنْهُ شَيْئًا، سَوَاءٌ كَانَ الصَّائِمُ رَجُلًا أَوِ امْرَأَةً.
kemudian meludahkannya dan mengeluarkannya dari mulutnya tanpa menelan sedikit pun daripadanya, sama ada orang yang berpuasa itu lelaki atau perempuan.
islamqa.info/ar/answers/26837
Oleh itu tidak makruh merasa makanan jika ada keperluan dan tidak batal puasa selagi tidak menelan makanan yang dirasainya.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
SUMBER
• Darul Ifta Mesir
• Islamqa.info