Hukum Menonton Wayang

HUKUM MENONTON WAYANG.

Apakah hukum menonton wayang?

Soalan ini pernah diajukan kepada Dr Yusof al-Qaradawi. Beliau telah menjawab dengan jawapan yang begitu baik dalam laman webnya مَوْقِعُ سَمَاحَةِ الشِّيْخِ يُوْسُفِ الْقَرَضَاوي.

Jawapan beliau:

فَالسِّينَمَا يَتَوَقَّفُ حُكْمُهَا عَلَى حُكْمِ مَا يُعْرَضُ فِيهَا، وَهِيَ مُبَاحَةٌ، بِشَرْطِ أَنْ تَكُونَ مَوْضُوعَاتُهَا بَعِيدَةً عَنْ الْفِسْقِ وَالْفُجُورِ، وَأَلَّا تَشْغَلَ عَنْ وَاجِبٍ دِينِيٍّ، وَأَنْ يَبْتَعِدَ فِيهَا عَنْ الِاخْتِلَاطِ الْفَاسِدِ

Dr Yusof al-Qaradawi menyatakan Hukuman pawagam bergantung kepada hukum filem apa yang dipertontonkan di dalamnya, dan ianya dibolehkan, dengan syarat kandungan filem itu jauh dari maksiat dan perkara keji. Ianya tidak melalaikan diri dari melaksanakan kewajipan agama, dan jauh dari percampuran lelaki wanita yang merosakkan.

Ada tiga syarat yang membolehkan satu-satu filem itu ditonton di pawagam.

Pertama: Kandungan filem membawa kebaikan dan manfat kepada penonton serta jauh dari unsur maksiat dan perkara mungkar.

Kedua: Jangan sampai menonton filem itu menyebabkan kewajipan solat tidak dilaksanakan. Maka sesiapa yang menonton filem hingga tidak solat hukum haram kerana meninggalkan solat tersebut bukan kerana menonton filem.

Ketiga: Berlakunya percampuran lelaki dan wanita hingga berlaku sentuhan, pelukan dan bercumbuan di pawagam. Jika sekadar duduk sebelah menyebelah itu bukanlah ikhtilat haram (yakni percampuran yang merosakkan). Boleh lihat jawapan Mufti wilayah bagi berkenaan lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk sebelah menyebelah.

Dalam siri IRSYAD AL-FATWA SIRI KE- 362 : HUKUM DUDUK DI SEBELAH BUKAN MAHRAM DI DALAM KELAS PENGAJIAN. Namun jika dapat dielakkan dari berlakunya duduk sebelah menyebelah lelaki dan perempuan bukan mahram eloklah diusahakan.


Di sini jelas hukum asal pawagam itu harus. Begitu juga hukum menonton filem pada asalnya juga harus selama mana tidak ada unsur-unsur haram yang dinyatakan tadi. Itulah pandangan yang baik dari Dr Yusof al-Qaradawi

Semoga membantu. Fiqh Solusi penyelesai masalah secara bestari.
Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now