APAKAH HUKUM MENINDIK HIDUNG?
Ibnu Qudamah, dari mazhab Maliki, mengatakan,
أَمَّا ثَقْبُ الأَنْفِ أَوْ غَيْرِهِ لِوَضْعِ حَلَقٍ، فَإِذَا كَانَتْ عَادَةُ النِّسَاءِ المُسْلِمَاتِ التَّحَلِّيَ بِذَلِكَ، فَإِنَّهُ يَجُوزُ،
Adapun menindik hidung atau selainnya untuk meletakkan subang, maka jika ia menjadi kebiasaan wanita Muslimah untuk berhias dengannya, maka hukumnya harus,
قِيَاسًا عَلَى ثَقْبِ الأُذُنِ بِجَامِعِ وُجُودِ الحَاجَةِ الدَّاعِيَةِ إِلَى ذَلِكَ، وَهِيَ التَّزَيُّنُ،
berdasarkan qiyas kepada menindik telinga kerana adanya keperluan untuk berhias.
وَلَكِنْ بِشَرْطِ عَدَمِ تَرَتُّبِ ضَرَرٍ لِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ».
Namun, dengan syarat tidak mendatangkan mudarat, berdasarkan sabda Nabi SAW: “Tidak boleh (melakukan) mudarat dan tidak boleh membalas mudarat.”
al-Mughni, 3/45
Oleh itu hukum menindik bagian tubuh, termasuk hidung bagi seorang perempuan diperbolehkan dalam Islam.
Menurut NU online Jateng ada dua alasan kenapa dibolehkan tindik hidung? Pertama, ia diqiyaskan dengan hukum menindik telinga, yakni sama-sama diperbolehkan.
Kedua, tindik hidung boleh, jika sudah menjadi tradisi di kalangan masyarakat seperti di India, Pakistan, Afghanistan, dan beberapa negara lain.
Hasyiah Ibnu Abidin
Raddul Mukhtar, Jilid 6/420
Namun Mufti Wilayah menyatakan bahawa Hukum menindik hidung adalah haram menurut mazhab Syafi’i. Hal ini kerana perbuatan meletakkan barang kemas pada hidung bukan bentuk perhiasan yang menjadi kebiasaan masyarakat setempat. Selain itu, pengharaman menindik hidung kerana unsur penyerupaan (tasyabbuh) tradisi agama lain yang berkait rapat dengan ritual keagamaan.
Dua alasan yang diberikan Mufti Wilayah. Pertama ianya bukan adat atau kebiasaan setempat. Kedua ianya dianggap meniru ritual agama orang bukan Islam.
AL-KAFI #2009: HUKUM MENINDIK HIDUNG
Namun dalam al-Inarah ada menyatakan: “Manakala perhiasan yang kelihatan pada hidung pula tidak mengapa, dengan syarat ia tidak berlebih-lebihan sehingga termasuk dalam perbuatan tabarruj.”
Hujah mereka, hukum asalnya harus selagi mana tiada dalil syarak yang menyatakan sebaliknya.
Apatah lagi, ia merupakan perhiasan wanita yang dapat dilihat pada sesetengah bangsa dan negara (Islam).
Walaupun begitu Muslimah tidak seharusnya melampaui batas dan berlebih-lebihan dalam hal perhiasan.
#364 Wanita Menindik Hidung
Kesimpulan:
Hukum menindik atau memakai subang di hidung menjadi haram jika ada unsur meniru ritual agama lain. Namun jika ianya bukan bertujuan demikian bahkan hanya sekadar perhiasan wanita maka hukumnya harus sama seperti hukum menindik telinga dengan syarat tidak berlebihan dan tabarruj (hiasan) jahiliyah.
Bahkan memang ada negara umat Islam yang wanitanya melakukan tindik hidung seperti Afghanistan, Pakistan, Bangladesh dan Muslimah di India. Jika muslimah di sini meniru umat Islam di negara lain yang bersubang dihidung maka itu tidak mengapa. Jadi mendakwa ianya ritual agama agak kurang tepat.
Ustaz Pro
Assalamualaikum
Sumber:
AL-KAFI #2009: HUKUM MENINDIK HIDUNG
NU Online (Jateng Tindik Hidung Perempuan, Bolehkah dalam Islam?
#364 Wanita Menindik Hidung