Bolehkah gabung puasa enam dan qadha?

GABUNGKAN QHADA PUASA DENGAN ENAM SYAWAL

Bolehkah gabungkan puasa Qadha dengan puasa enam syawal?

Kami (yakni al-Inarah) ringkaskan di sini berkenaan perbezaan pandangan ulama’ dalam isu ini seperti berikut:.

Pertama: Sah
Hukumnya sah (puasa) dan berlaku kepada kedua-duanya, iaitu (puasa) qadha’ dan (puasa) sunat. Inilah pendapat:

• Imam Ibn Hajar al-Haitami
• Syeikh al-Ramli. (Lihat al-Nihayah, 1/162 dan Fatawa al-Ramli, 2/339)
• Imam al-Barizi. (Lihat al-Ashbah wa al-Nazhair, 1/161)
• Syeikh Zakaria al-Ansari (Lihat Hasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir, 1/427)
• Inilah juga pendapat kebanyakan ulama terkemudian (muta’akhirin).

Kedua: Tidak Sah
Tidak sah (puasa dengan gabungkan dua niat puasa untuk hanya satu puasa sahaja) tetapi terhasil (kepada) yang fardhu sahaja iaitu puasa qadha’, dan tidak (sah) kepada puasa sunat Syawal.

Inilah pendapat:
• Imam al-Asnawi
• Syeikh Ibn al-Solah
• Abu Makhramah (Lihat Bughiyah al-Mustarsyidin, 3/95-96)

Hujah mereka adalah tidak boleh tasyrik, yakni menggabungkan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.

Kesimpulan dan Tarjih

Kami (yakni al-Inarah) lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya (yakni boleh menggabungkan kedua-dua jenis puasa).

Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat.

Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas.

Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qadha’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya, terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qadha Ramadan dan sunat Syawal). (Lihat al-Tuhfah, 3/390)

Rujuk al-Inarah #1041: Gabung Puasa Qadha Dan Puasa Enam Syawal.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now