5 Kelemahan Umat

Lima sebab kenapa umat Islam terkebelakang hari ini dan cara mengatasi nya.

 

Assalamualaikum.

 

Nabi S.A.W membawa agama Islam bukan sekadar ritual ibadah tetapi ia adalah doktrin kehidupan yang merangkumi seluruh bahagian di dalam hidup. Bahkan Islam tidak boleh berada dibawah. Ia mesti menguasai seluruh sistem dan berada diatas sekali.


Namun kini Islam seumpama tidak bermaya kenapakah demikian? Ada lima sebab kenapa perkara ini terjadi:

 

Pertama:
Islam sudah dianggap sebagai agama semata-mata. Bukan lagi cara hidup dan sistem yang sempurna. Kebanyakan umat Islam hanya bercakap tentang korban,
haji, umrah, solat, puasa sahaja. Topik seperti sistem hidup, ekonomi perundangan, politik diambil dari sistem orang lain.


أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ

 

Apakah kami mengambil sebahagian kitab dan menolak sebahagian
(al-Baqarah 85)

 

Cara memperbaikinya, kita perlukan gerakan semua pihak untuk menggunakan semula Islam sebagai sistem yang syumul. Ia mungkin akan memakan masa yang panjang untuk direalisasikan. Tetapi tetap perlu diperjuangkan.


Kedua:
Mengutamakan akhirat dan meninggalkan urusan dunia kepada orang lain. Sepatutnya dunia dan akhirat perlu diseimbangkan tanpa melebihkan yang satu dan meninggalkan yang lain.

 

وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا

 

Jangan kamu melupakan bahagianmu di dunia

(Al-Qasas 77)

 

Cara memperbaikinya, hendaklah kita terlibat semula dengan urusan dunia. Kita sebagai umat Islam wajib kembali aktif untuk mengisi seluruh ruang kosong yang ada di dunia ini. Makanan, industri, hiburan, sukan, pembuatan, perusahaan dan bermacam lagi ruang di dunia ini yang masih tidak diisis oleh umat Islam. Maka mari kita isi semua ini kerana hari ini ke
semua ruang itu masih kosong tidak diisi oleh kita. Pada masa yang sama kita fokus kepada akhirat tanpa mengurangkan
sedikit pun kecintaan kita kepada
Allah dan Islam.


Ketiga:
Suka berdiskusi benda yang kurang penting di dalam Islam. Antara perkara yang selalu diperdebatkan adalah khilaf
mazhab. Pertembungan Syafiiah dan Wahabi. Terlampau dalam mengupas perkara yang tidak berfaedah dan tidak menguatkan umat pun. Contoh banyak
bercakap tentang konspirasi yang tidak membawa kepada realiti. Atau bercakap tentang ilmu yang tidak membawa kepada praktikal pun.


قَالَ رَسُولُ اللهَِّ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ
مَا لَا يَعْنِيهِ. رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وقَالَ: حَسَنٌ.

 

Dari kebaikan seorang muslim tinggalkan apa yang tidak bermanfaat

(Hadis Hassan)

 

Cara memperbaikinya umat Islam perlu kembali memberi tumpuan kepada perkara aham (yang lebih utama) atas perkara muhim (penting tapi tidak utama).

 

Keempat:
Timbul perasaan sudah selesa dengan apa yang dimiliki. Semuanya sudah cukup dan
lengkap. Merasakan hidup ini hanya perlu beribadah sahaja kemudian tunggu untuk bertemu Allah. Kerana perasaan selesa inilah timbul perasaan umat Islam hari ini
hanya perlu menunggu. Menunggu Imam Mahdi. menunggu Nabi Isa. Menunggu datangnya kiamat.

Sabda Nabi:

 

بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِم

 

Bersegeralah bertindak sebelum datangnya fitnah seperti malam gelita (Muslim- Sahih) Ayuh kita bergerak bangun dan bertindak jangan hanya menunggu kerana kiamat bukan untuk ditunggu tetapi untuk kita bersiap siaga dengan praktikal dan proses. Ini perkara yang ingin dilihat oleh
Allah. Jika kita tunggu fitnah akan
menimpa kita.

 

Kelima:
Hilang perasaan jihad di dalam jiwa umat Islam. Perasan inilah sebenarnya yang membangunkan umat dahulu. Melalui semangat jihad inilah mereka membuat perubahan. Jihad bukan maksud perang. Jihad bermaksud semangat untuk melakukan perubahan. Tidak mahu melihat Islam berada di bawah. Tidak berpuas hati sekadar meneruskan hidup. Tidak redo orang tidak Islam lebih hebat dari kita. Timbulnya perasaan ingin dan mesti mencapai sesuatu kejayaan.

 

Mari kita kembalikan semula semangat jihad ini. Ini kerana jika semangat jihad ini kembali semula, Islam tidak akan terkebelakang lagi.


وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 

Berjihadlah di jalan Allah moga kamu berjaya

(Al-Maidah 35)

 

Tanggungjawab mengembalikan semula Islam ditempatnya bukan tanggungjawab orang lain tetapi tanggungjawab kita sebagai umatnya. Adakah kita sudah bersedia untuk melakukan sesuatu yang kita tahu dan mahir untuk mengangkat Islam ditempatnya semula. Jika kita sudah lakukan Berbahagialah. Jika belum jom kita angkat kembali martabat Islam ini. Mari bersama dengan saya kita lakukan bersama sama tugas ini.

 

Assalamualaikum.

Version 1.0

Copyright © 2021 All Right Reserved

Disclaimer

LIMITATION OF LIABILITY: This website is prepared by and is the property of MAQAS Management; neither it nor any part thereof nor a copy thereof is to be published or disclosed without first securing the express written approval from MAQAS.

Available Now